🏨 Booking Hotel Perdana Kota Bharu

Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda bersama Hotel Perdana Kota Bharu.

Dapatkan Official Merchandise Destinasi TV »

Mat Salleh Cari Makan Kelantan kembali lagi dan dalam episod kali ini Rhys berada di Pasir Hor, Kelantan untuk belajar cara pembuatan Nasi Tumpang atau lebih dikenali sebagai Nasi Tupe.

Nasi Tupe pada dahulunya merupakan makanan ruji bagi golongan-golongan nelayan dan petani kerana mereka memerlukan bekalan makanan yang mencukupi sewaktu bekerja. Dibungkus secara tradisional didalam kelonsong kon yang diperbuat dari daun pisang membuatkan Nasi Tupe ini lebih tahan lama berbanding dengan makanan-makanan lain.

Nama Nasi Tumpang ini sebenarnya diamabil dari kaedah pengisian dan susunan lauk-pauknya yang seolah-olah “menumpang” di antara satu sama lain. Lauk-pauk seperti serunding ikan, telur dan undang diletakkan secara selang-seli bersama nasi kapit.

Tak sah kalau datang ke Kelantan tak merasa Nasi Tupe. Rasalah sendiri keunikkan Nasi Tupe di Pasir Hor ini. Try sekali mesti nak lagi!

📍Lokasi » Nasi Tupang Pasir Hor
Lot 736, Belakang SK Pasir Hor, 15100 Kota Bharu Kelantan

☎ Call untuk tempahan » 013-9208662 / 019-9429559

⏰ Waktu Operasi » Sabtu – Khamis dari 8.30 malam hingga 12 malam (Tutup Jumaat)

– – – – – – – – – – – – – – – –
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN »
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV »
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV »
– – – – – – – – – – – – – – – – –
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV »
– – – – – – – – – – – – – – – – –
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV »
RHYS WILLIAM »
– – – – – – – – – – – – – – – – –
🎬KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI
(
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (
– – – – – – – – – – – – – – – – –
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik – mak cik, pak cik – pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

Comments are closed.